Short entry for tonight.
Nak share pasal sheet face mask. This is what I notice. Sheet face mask ni popular kat Malaysia since skincare buatan Jepun, mostly buatan Korea jadi trend kat Malaysia. Kena pulak sheet face mask ni boleh didapati dengan harga semurah RM3 - RM5 sahaja. Tapi bergantung pada brand.
Positive things about sheet face mask are :
- Mudah digunakan. Keluarkan dan tampal pada muka. Tak perlu nak sapu or bancuh mask. Semua dah sedia pada sheet tersebut.
- Mudah dibawa ke mana-mana. 1 pek biasanya memang akan ada 1 sheet mask sahaja. So tak perlu risau nak bawak bekas or botol yang mudah leaking. Pek dah seal lebih mudah nak bawak.
- Instant result. Tapi kalau whitening tu takde la sekali pakai esoknya muka dah putih. Lebih pada glowing and brightening. Kalau pakai malam, esok dah putih, better check the ingredient. Bahaya weh!
- Bagi saya yang kulit kering, kalau pakai malam, biarkan dalam 20-30 minit, remove sheet mask dan biarkan essence yang ada pada kulit tu kering. Esok pagi baru bilas. Memang terasa lembap je kulit muka. Tapi kena pakai jenis yang sesuailah.
- Easy at home spa. Pada yang nak jimat dari pergi spa or tak ada masa nak pergi spa, guna je sheet mask ni kat rumah.
Tapi macam biasa, ada sedikit kekurangan. Oh, tidak. Bagi saya hanya 1 sahaja kekurangan :
- Saiz sheet mask tak kena pada muka. Rasanya, semenjak kenal sheet mask ni sampailah sekarang, hanya jumpa 1 je sheet mask yang kena pada saiz muka. Tapi sayangnya tak ingat brand apa. Lepas dari tu, pakai je walau saiz tak kena. Bertabahlah kalau kena dekat bibir atau terlalu masuk kawasan sekitar mata. Akan rasa pedih pedih sikit. Tapi depend pada jenis, ada yang tak terasa pedih pada kawasan sensitif.
Mungkin ada yang rasa sheet mask ni tak sesuai bagi anda. Mula mula pun saya rasa macam tu tapi bila dah pakai banyak kali dan dah tau jenis yang macam mana sesuai untuk muka, memang bestlah pakai sheet face mask ni. Lebih lebih lagi kalau esoknya ada event nak attend dan kulit rasa kusam je. So, malam sebelum tidur, tepek sheet mask kejap, remove dan terus masuk tidur.
Buat masa sekarang, saya tak stick pada satu brand. Biasa pergi Watson or Guardian, pilih je mana-mana brand. Biasanya akan pilih mask yang bertujuan untuk moisturize, hydrating dan brightening. Lagi satu, saya perasan kulit saya akan rasa cucuk cucuk sikit or pedih kalau pakai lama sangat if sheet mask tu ada stated PARABEN. Tak tau la betul ke tak. Tapi setakat ni, kalau saya pilih yang tak ada tulis ingredient Paraben, saya boleh pakai mask lama sampai 40 minit.
So, apa-apa produk, sebelum beli, kena kenal kulit kita dulu.
Untuk malam ni, saya guna sheet face mask yang ini ...
Tak tau la brand apa. Mungkin Pure Smile tu kot. Beli dekat Guardian je. Tulis Jepun je sampai belakang. Pastu ada sticker kat atas tulis MOISTURIZING. Amik je lah. Pelik gak ada gambar pisang bagai. Bila bukak paket tu, sekali bau pisang daa..
Dah siap pakai. Best gak. As usual, saiz muka tak kena. Essence dia tak terlalu banyak. Just nice. Takde la sampai menitis. Bila dah remove sheet, essence cepat kering pada muka. Tak sempat nak massage, tepek tepek muka. Overall, LOVE IT!
Ok, time to tido. Goodnite!
Note : Not really short at all!
No comments:
Post a Comment
Thanks for your Comments!