Facebook


Monday, February 01, 2016

I'm feeling lucky!

2016 dikatakan tahun yang amat mencabar disebabkan bla bla bla bla...

Keep it short, cabaran yang banyak diperkatakan adalah dari segi KEWANGAN. Ramai yang dah berkira-kira untuk lebih berjimat, berkira-kira untuk mencari sumber pendapatan lebih dan sebagainya. But hopefully, ianya tak menghalang kita dari jadi lebih gembira dan berbuat baik dengan sesiapa sahaja dan lebih dekat dengan Pencipta. Amin.

Bagi saya, join contest or giveaway dan apply for free sample/gift merupakan salah satu untuk berjimat.

Permulaan 2016, tiba-tiba terasa bertuah bila terpilih sebagai pemenang consolation prize untuk contest yang diadakan oleh MBE Malaysia. MBE (Mail Box Etc) adalah tempat saya biasa pos barang. Suka tempat ni sebab semua kurier servis ada. So kalau ada barang berat atau besar, boleh tanya dulu kurier servis mana yang paling murah. Ok, saya story lagi tentang MBE ni next time.

Tentang contest tu, join sebab target nak menang Mini iPad atau Tablet Samsung. Pergh! Kalau menanglah. Lepas satu bebanan nak simpan duit untuk beli tablet. Join masa bulan 12. Diorang akan cabut nama pemenang setiap minggu. Macam dah lama senyap ingatkan tak menang apa-apa. Tiba-tiba dapat SMS kata saya menang saguhati je. Bila check email, rupa-rupanya diorang ada email 3 hari sebelum dapat SMS, mengatakan saya menang voucher AEON RM50. Alhamdulillah, rezeki.

Thanks to MBE Malaysia!
Semalam baru pick up voucher ni. Tak tau bila nak guna, Ingat nak tunggu AEON kat Shah Alam tu bukak dulu. Tak pernah guna voucher ni sebenarnya. Huhu.... Harap next time berjaya menang apa-apa hadiah dalam apa-apa pertandingan lagi. Wish me luck!



No comments:

Post a Comment

Thanks for your Comments!