Facebook


Thursday, October 27, 2016

FREE SAMPLE GC TEA (GLUCOS CUT TEA)

Siapa nak free sample GC Tea?

Apa tu GC Tea? Boleh baca kat sini >>> GC TEA

GC Tea ni bukanlah ubat. Ianya adalah minuman harian yang mempunyai khasiat yang tersendiri. Semua orang boleh minum teh ni. Dari kita minum teh manis, kopi manis, mungkin kita boleh ganti terus dengan GC Tea yang berkhasiat ni.

Disebabkan ada kandungan daun Stevia dalam teh ni, dah tak perlu tambah pemanis. Memang dah sedia manis teh ni.

Ada dijual dalam pek 10 uncang dan 60 uncang. Kalau takut tak serasi dengan rasa, boleh cuba dulu 1 uncang secara percuma. Macam mana caranya?

Follow kedai online saya :
Facebook Page : By.Ndrajamal
Instagram : by.ndrajamal

Lepastu, boleh PM saya di FB atau Instagram atau whatsapp terus ke no +60197040148. Nyatakan "SAYA NAK FREE SAMPLE GC TEA" dan tunggu saya reply. Senang je kan?

Nak bagi free ni, tak nak cuba ke?

:)

Read More

GC TEA (GLUCOS CUT TEA / TEH SEKAT GULA)

GC TEA (GLUCOS CUT TEA / TEH SEKAT GULA)


GC Tea boleh dinikmati oleh sesiapa sahaja termasuklah untuk mereka yang mengalami masalah kencing manis, darah tinggi & obesiti.

Glucos Cut Tea (GC TEA) mengandungi 100% bahan herba semulajadi. GC Tea menawarkan pendekatan yang komprehensif untuk menyekat lemak dan penyerapan gula berlebihan serta menguatkan sistem penghadaman perut. Kaedah ini akan membantu untuk menghentikan kesan dahaga akibat kepanasan, melegakan keletihan serta membantu menstabilkan glukosa dalam darah.

GC Tea amat sesuai untuk mereka yang mengambil berat tentang gula dalam darah, masalah kegemukan dan bagi mereka yang kurang masa untuk bersenam. Ianya membantu mengatasi masalah kencing manis atau diabetes serta mampu mengawal masalah obesiti.

Mengandungi : Green Tea, Mulberry, Peppermint, Daun Stevia, Daun Gymnema dan Rooibos.

  • Green Tea - mengandungi EGCG yang kaya antiokisda. Blok tindakan enzim yang dikenali sebagai alfa-amilase berupaya memecah karbohidrat kepada gula ringkas yang membentuk tenaga untuk digunakan oleh tubuh badan. Selain itu, teh hijau juga terkenal dengan kelebihannya untuk meningkatkan metabolisme badan serta mempercepatkan proses penghadaman supaya lemak-lemak tidak dapat terkumpul. Juga berupaya mengawal dan merendahkan tahap kolesterol dan anti-kanser.
  • Daun Gymnema - Herba yang amat dikenali sebagai "Wonder Herb For Diabetics" atau pemusnah gula. Asid Gymnemic mengisi lokasi reseptor pada selera kita dengan menghalang rasa manis makanan sekali gus membendung keinginan 'ketagihan' gula dan selera makan. Membantu menghalang pengaktifan dan penyerapan molekul gula berlebihan dalam makanan. Selain itu, ia juga didapati mampu menggalakkan perembesan insulin dari kalenjar pankreas serta menghalang penyerapan gula di usus. Ini akan merendahkah paras gula/ glukos dalam darah. 
  • Mulberry - berupaya mengimbangi kandungan gula dalam darah serta sebagai penyerap karbohidrat yang baik serta membantu mengurangkan berat badan. Juga kaya sebagai ejen antioksida.
  • Rooibos - aspalathin senyawa aktif merangsang pankreas beta-sel merembeskan insulin untuk menukarkan gula kepada tenaga.
  • Glucos Cut Sweetened dengan pemanis stevia. Menurut beberapa kajian, stevia sangat bermanfaat dalam mengawal paras gula dalam darah dan meningkatkan fungsi pankreas.

Tanpa perlu dicampur gula atau pemanis, teh ini sudah mempunyai rasa manis tersendiri dari Daun Stevia. Hanya rendam uncang teh ini di dalam secawan air panas, tunggu 3-5 minit, keluarkan uncang dan boleh menikmati minuman anda. Uncang teh boleh direndam beberapa kali lagi sehingga hilang rasa. Nak lebih mudah, boleh terus rendam 1 uncang teh ke dalam 1.5 liter air. Minum sepanjang hari sehingga habis.

HARGA
Kotak percubaan 10 sachets RM30.00 
Kotak besar 60 sachets RM150.00
(tidak termasuk kos penghantaran)


Read More

Sunday, August 21, 2016

Sheet Face Mask : Apa yang tak best?


Short entry for tonight.

Nak share pasal sheet face mask. This is what I notice. Sheet face mask ni popular kat Malaysia since skincare buatan Jepun, mostly buatan Korea jadi trend kat Malaysia. Kena pulak sheet face mask ni boleh didapati dengan harga semurah RM3 - RM5 sahaja. Tapi bergantung pada brand. 

Positive things about sheet face mask are :

  • Mudah digunakan. Keluarkan dan tampal pada muka. Tak perlu nak sapu or bancuh mask. Semua dah sedia pada sheet tersebut.
  • Mudah dibawa ke mana-mana. 1 pek biasanya memang akan ada 1 sheet mask sahaja. So tak perlu risau nak bawak bekas or botol yang mudah leaking. Pek dah seal lebih mudah nak bawak.
  • Instant result. Tapi kalau whitening tu takde la sekali pakai esoknya muka dah putih. Lebih pada glowing and brightening. Kalau pakai malam, esok dah putih, better check the ingredient. Bahaya weh!
  • Bagi saya yang kulit kering, kalau pakai malam, biarkan dalam 20-30 minit, remove sheet mask dan biarkan essence yang ada pada kulit tu kering. Esok pagi baru bilas. Memang terasa lembap je kulit muka. Tapi kena pakai jenis yang sesuailah.
  • Easy at home spa. Pada yang nak jimat dari pergi spa or tak ada masa nak pergi spa, guna je sheet mask ni kat rumah.

Tapi macam biasa, ada sedikit kekurangan. Oh, tidak. Bagi saya hanya 1 sahaja kekurangan :
  • Saiz sheet mask tak kena pada muka. Rasanya, semenjak kenal sheet mask ni sampailah sekarang, hanya jumpa 1 je sheet mask yang kena pada saiz muka. Tapi sayangnya tak ingat brand apa. Lepas dari tu, pakai je walau saiz tak kena. Bertabahlah kalau kena dekat bibir atau terlalu masuk kawasan sekitar mata. Akan rasa pedih pedih sikit. Tapi depend pada jenis, ada yang tak terasa pedih pada kawasan sensitif.

Mungkin ada yang rasa sheet mask ni tak sesuai bagi anda. Mula mula pun saya rasa macam tu tapi bila dah pakai banyak kali dan dah tau jenis yang macam mana sesuai untuk muka, memang bestlah pakai sheet face mask ni. Lebih lebih lagi kalau esoknya ada event nak attend dan kulit rasa kusam je. So, malam sebelum tidur, tepek sheet mask kejap, remove dan terus masuk tidur.

Buat masa sekarang, saya tak stick pada satu brand. Biasa pergi Watson or Guardian, pilih je mana-mana brand. Biasanya akan pilih mask yang bertujuan untuk moisturize, hydrating dan brightening. Lagi satu, saya perasan kulit saya akan rasa cucuk cucuk sikit or pedih kalau pakai lama sangat if sheet mask tu ada stated PARABEN. Tak tau la betul ke tak. Tapi setakat ni, kalau saya pilih yang tak ada tulis ingredient Paraben, saya boleh pakai mask lama sampai 40 minit.

So, apa-apa produk, sebelum beli, kena kenal kulit kita dulu.

Untuk malam ni, saya guna sheet face mask yang ini ...


Tak tau la brand apa. Mungkin Pure Smile tu kot. Beli dekat Guardian je. Tulis Jepun je sampai belakang. Pastu ada sticker kat atas tulis MOISTURIZING. Amik je lah. Pelik gak ada gambar pisang bagai. Bila bukak paket tu, sekali bau pisang daa..

Dah siap pakai. Best gak. As usual, saiz muka tak kena. Essence dia tak terlalu banyak. Just nice. Takde la sampai menitis. Bila dah remove sheet, essence cepat kering pada muka. Tak sempat nak massage, tepek tepek muka. Overall, LOVE IT!

Ok, time to tido. Goodnite!

Note : Not really short at all!
Read More

Friday, August 19, 2016

[TAMAT] DOORGIFT SOAP GIVEAWAY!

Baca tak entri sebelum ni yang saya mintak tolong follow personal FB dan Instagram? 

Kalau ada yang dah follow personal FB saya, korang mesti tau pasal giveaway ni. Nak tau lebih lanjut, boleh klik link ini : https://www.facebook.com/ndrajamal/posts/325655091158595 dan jangan lupa follow FB tu sebab insyaAllah ada giveaway lain lagi. Nak Add Friend pun boleh. Tapi saya hanya akan accept FB yang nampak real dan bukanlah nama ntah apa-apa, gambar kartun, kaktus, kucing dan yang nampak menyeramkan. Hehehe...


Ok. Secara ringkasnya, giveaway ni adalah untuk yang bakal adakan majlis bulan 9 nanti dan saya akan pilih seorang sahaja. Hanya tinggalkan maklumat MAJLIS APA, LOKASI DAN TARIKH MAJLIS kat post giveaway tu. Yang terpilih akan dapat sabun comel ni sebanyak 100pcs. So yang terpilih boleh buat doorgift or apa-apa untuk majlis. Saya hanya akan berikan sabun sahaja ye. Macam mana korang persembahkan tu, ikut idea sendiri. Bucket dalam gambar giveaway tu hanya sebagai contoh persembahan sahaja.

Ok. Jangan lupa join dan follow FB saya ye!

Read More

Thursday, August 11, 2016

Kemana menghilang... (UPDATE)


Hai semua.

Ingatkan bermula Raya haritu nak mula menulis. Kemudian.........


Ni kisah pasal bertangguhlah ni. Sudahnya tenggelam macam tu je.

Ok. Untuk update, if ada yang sudi singgah blog picisan buruk ni dan baca entri ni, harap dapat follow akaun-akaun social media yang saya list kan kat bawah ni :


Kenapa kena follow 2 akaun di atas ni? Sebab saya sedang menggembangkan sayap ...... PERGHHH!!!

Ok. Tak nak cerita pasal target jangka panjang. Target jangka pendek saya nak kumpul seberapa banyak FRIENDS dan FOLLOWERS. Untuk apa? Banyak sebab sebenarnya.

  1. Sekarang ni tengah addict study pasal skincare. Bukan skincare yang ada di pasaran tapi handmade/homemade/natural/no harm chemical skincare. Skincare ni merangkumi keseluruhan tubuh badan kita sebab tubuh kita diselaputi dengan kulit. Biasa orang sebut pasal skincare untuk muka je tapi bagi saya, bahagian-bahagian yang tersembunyi pun penting untuk kita jaga. InsyaAllah, saya akan keluarkan produk handmade/handcrafted skincare ..... by NdraJamal. Ewahh.....
  2. Disebabkan saya tak ada ramai kawan (boleh kira dengan jari je.. sedey!), saya memerlukan bantuan dari FRIENDS dan FOLLOWERS saya di FB dan Instagram untuk cuba, try, test sendiri produk yang dihasilkan. Setiap produk yang dihasilkan nanti, saya akan buat sample dan berikan pada sesiapa yang berminat untuk review dan bagi feedback later on.
  3. Untuk menceburi bidang online bisnes ni, paling penting adalah CONNECTION dengan orang ramai di alam maya. Disebabkan saya penyegan di alam sebenar, saya nak bermula dengan alam maya dulu. 
  4. Dan....... eh banyaklah yang saya nak kongsikan. Follow je dulu. InsyaAllah, all positive things kat situ. Heheheh....

Ok. Don't forget to follow ye. Also, readers baru yang jenguk blog saya ni pun, silalah follow akaun Google+ saya. InsyaAllah, ada giveaway menanti anda nanti. 

Right, Chow dulu!


Read More

Saturday, July 02, 2016

Kisah, Kuih raya dan balik kampung ...

Assalammualaikum...

Lama tak bersiaran. Dan lama tak buat entri santai. Kekangan masa (ALASAN).

Macam mana Ramadhan kalian? Saya ...... perasaan bercampur baur.

Ok, tak nak lah cerita. Nak cerita tentang raya. Apa yang baru raya ni?

BELAJAR BUAT KUIH RAYA!
Excited tau. Tahun lepas bercadang nak belajar buat biskut raya yang senang-senang tapi akhirnya, hanya dapat buat Cornflakes Madu dan Popia Nestum je. Dua resepi yang senang amat. Tahun ni, Alhamdulillah, memang target tak nak beli kuih raya. Nak buat. Survey resepi kuih raya yang senang-senang kat FB group MAHN (Masak Apa Hari Ni). Siapa ada join group ni, angkat tangan ✋

Disebabkan awal Ramadhan, kami sekeluarga dikejutkan dengan kehilangan salah seorang ahli keluarga yang agak rapat, bagi saya, saya kehilangan ibu saya yang kedua, jadi emosi agak TAK STABIL. Kena pulak lepas tu demam hampir seminggu, tak selera makan hampir 2 minggu Ramadhan, lost track hari apa, puasa ke berapa. Bila dah agak sihat dan cuba susun jadual untuk buat kuih, baru perasan dah masuk minggu ke 3 berpuasa. Kelam kabut gak. Dengan bajet tak berapa ada, suruh abang belikan dulu separuh bahan. Beli bahan untuk buat Popia Nestum dan Popia Seaweed. Slow-slow, buat Popia Nestum. Gaji belum dapat, so pergi bank, keluarkan duit ASB dan penghujung minggu ke 3 tu, beli bahan-bahan lain pulak. Tu pun main agak-agak je sebab tak pernah shopping bahan buat kuih. 

Masuk awal minggu ke 4 Ramadhan, baru cadang nak teruskan projek. Projek kedua kononnya nak buat Popia Seaweed. Tapi disebabkan guna popia brand yang tak pernah guna, last-last tak jadi nak buat sebab susah nak lekat! Tension punya pasal, terus mula buat Cornflakes Madu. Lepas tu, hari Selasa buat kuih Suji, Rabu buat kuih Kacang (Mazola) dan Khamis buat kuih Sarang Semut. Semalam, disebabkan bahan lebih banyak tapi takde butter, Google la resepi untuk buat biskut guna minyak Jagung. Dapatlah buat biskut Cornflakes. Ingat nak buat biskut Nestum pulak, tapi macam masa dah suntuk. Sabtu dah nak balik Kampung.

Jom tengok gambar-gambar yang sempat saya ambil. Sebenarnya, nak ambil gambar proses pembikinan. Tapi disebabkan kepala ligat sangat berfikir pasal resepi, takut salah, terlupa la nak ambil banyak gambar.

Guna straw untuk memudahkan kerja menggulung kulit popia. Pastu, popia potong 2 untuk jimat. Hehehe...

Popia yang dah dipotong serong

Cornflakes madu. Tak tau mana silap. Mungkin lebih gula. Cornflakes agak melekat kat papercup.

Zoom skit....

Bahan-bahan untuk buat biskut Suji. Buat Suji old skol je. 3 bahan sahaja.

Ada yang merekah. Mungkin sebab suhu panas sangat. Tapi rasa memang sedap!

Takde pengalaman buat tapi berbangga gak la berjaya buat.

Bahan-bahan untuk buat kuih Kacang Mazola tapi pakai minyak Daisy je. Kacang guna sepeket je.

Kena lebih latihan lagi. Tak tau macam mana nak goreng kacang tanpa minyak.

Hasil lepas diblender kering kacang tersebut.

Lepas dah campur tepung. Rasanya terlebih tepung, sebab tu agak tak menjadi.

Buat satu untuk testing suhu dulu.

Bahan-bahan untuk buat kuih Sarang Semut.

Pakai mixer sebab tak reti pukul sampai kembang guna tangan. Lama gak tunggu sebab butter masih keras.

Dah siap tambah tepung dan pewarna. Nasib baik tak terlebih warna.

Eh, lupa letak coklat sprinkle.

Tada! Sebelum dibakar.

Kuih main tibai je. Kuih cornflakes. Boleh terima la rasanya. Rupa je tak berapa nak cantik.

Koleksi kuih kuih tahun 2016. Hehehe......

ALHAMDULILLAH sangat-sangat. Rasa berbangga dengan diri sendiri sebab dapat buat kuih raya sendiri. Untuk pengetahuan, saya ni bab masak-masak, apatah lagi kuih muih memang tak pandai. Tak tahu mana datang AURA yang kuat untuk beranikan diri buat kuih raya sendiri. Setakat ni, yang tak berapa puas hati hanyalah kuih Kacang (Mazola). InsyaAllah, boleh belajar dari kesilapan. Tahun depan bercadang nak buat kuih kegemaran saya iaitu Tart Nenas. 

HARI NI HARI SABTU (27 RAMADHAN)
Balik ke kampung halaman. Hari Selasa, insyaAllah, balik ke kampung Atok untuk bersama-sama berbuka puasa yang terakhir untuk tahun ini. Cadangnya, nak bawak balik Puding Karamel. Harap-harap lah menjadi. 

Doakan saya selamat sampai kampung halaman ye. 😊


Sekian.

Read More

Monday, June 20, 2016

Riang Ria Raya di Lazada Malaysia

Dah shopping untuk raya? Tahun ni, mungkin ala kadar je sebab kami telah kehilangan seseorang yang dekat dengan keluarga kami, iaitu ibu saudara saya, adik kepada mak saya. Yang paling terkesan, mestilah mak saya. Dia juga yang jaga ibu saudara pada saat-saat akhir.

Bukan setakat itu, lepas satu, satu dugaan yang melanda. Bak kata abang saya yang kedua, PUASA, KALAU TAKDE DUGAAN, BUKAN PUASA NAMANYA. Takpe. Kami redha seaadanya.

Jadi, bila mood raya tak berapa nak ada, nak shopping pun apatah lagi. Nak keluar rumah pun malas. Apa kata kita shopping online je. Nasib baik ada LAZADA. Pendek kata, apa sahaja keperluan rumah, mesti ada dijual di LAZADA. Tambahan lagi, ada diskaun sehingga 92%, menjadikan LAZADA tempat yang sesuai untuk anda shopping raya ini!

Nak tau barangan apa yang ada diskaun, klik sini >> http://www.lazada.com.my/riang-ria-raya/

Untuk menggembirakan hati mak, adalah lebih elok kalau saya hadiahkan oven ni untuk dia. Dah lama dia sebut nak oven sebab kat rumah memang tak ada. Boleh la mak buat kuih untuk raya nanti.
Morgan Electric Oven MEO-HC25C (25L) RM123.70

Disebabkan abang yang no 2 sekarang tengah jaga pemakanan, elok juga kalau belikan dia pemanggang ajaib ni. Dari tahun lepas lagi bercadang nak beli sebab tau pemanggang ajaib ni boleh guna untuk masak macam-macam. Guna minyak pun sikit je.
Takada Double Grill Pan TK-DGP01 RM143.10
Untuk diri sendiri pulak, nak yang simple je. Nak cari sling bag baru. Sling bag yang ada sekarang dah 3 tahun. Pergi mana-mana mesti bawak. Tapi sling bag sekarang ni tak boleh kena air. Confirm rupa kena sopak. Pastu disebabkan dah lama tak basuh, dia dah jadi hitam-hitam sikit. Tapi rasanya kena cari pengganti sementara nak basuh beg lama tu. Jadi pilih beg ni lah. G kenduri pun boleh pakai.
Mango Touch Double Compartment Body Sling Bag RM45.00
Disebabkan ramai yang alahan pada habuk kat rumah, rasanya perlu beli vacum cleaner baru. Yang lama dah 5 tahun. Lagi pun dah sedut tak kuat. Kena la tukar baru nampaknya.

Powerful Handheld Vacuum Cleaner Deerma 2 In 1 RM139.00


Jumlah semua sekali baru RM450.80. Kalau sapa ada bajet dalam RM500 memang patut shopping kat LAZADA. Tak rugi.


KHAS UNTUK BLOGGER. LAZADA ada buat contest. Klik kat banner bawah ni kalau nak sertai. Peluang anda untuk share apa barangan yang anda teringin nak beli dari LAZADA dan boleh menang hadiah!


Read More

Saturday, June 18, 2016

Khasiat Natural Tea | Rosebud dan Roselle

Nak cerita balik pasal Natural Teas ni. Entri lama dah padam. 

*****

Apa khasiat Natural teas? Terutama yang saya sedang jual sekarang, Rosebud dan Roselle? Jom kita tengok satu per satu.


FRENCH ROSEBUD TEA

  • Rosebud mengandungi Vitamin C yang tinggi, antioksida juga lain-lain vitamin seperti vitamin A, B, E dan K
  • Rosebud telah digunakan di dalam bidang perubatan Cina semenjak 5000 tahun dahulu. 
  • Pelbagai khasiat telah direkodkan ketika itu seperti mengurangkan depresi, melegakan saraf, melancarkan perjalanan darah serta mengurangkan masalah tidakhadaman.
  • Rosebud tea juga dikatakan sebagai herba ajaib untuk masalah wanita, juga digelar sebagai Lady's Tea.
  • Ia dikatakan dapat mengurangkan masalah senggugut dan PMS yang dihadapi kaum wanita. Juga membantu menstabilkan emosi serta fikiran.
  • Ia juga membantu meningkatkan tahap kesuburan.
  • Kandungan vitamin C yang tinggi membantu meningkatkan sistem imun, membantu kesihatan kulit dan tulang, serta membantu penyerapan iron.
  • Rosebud tea juga mengandungi antioksida yang membantu melindungi tubuh dari serangan radikal bebas.
  • Dikatakan juga, secawan Rosebud tea sehari akan mengurangkan kesan penuaan dan dapat mengekalkan kecantikan kulit.
  • Ia juga membantu melembapkan kulit, mengurangkan pigmentasi, masalah pori tersumbat dan dapat menyeimbangkan PH serta pengeluaran minyak semulajadi kulit.
  • Selain itu, ia juga membantu melancaran sistem penghadaman dan mengatasi masalah sembelit.

ROSELLE (HIBISCUS) TEA

  • Roselle tea juga digelar sebagai tanaman berserat tinggi yang bagus untuk membantu melancarkan sistem penghadaman, meningkatkan metabolisma serta membantu mengurangkan berat badan.
  • Seperti mana yang kita lihat dipasaran sekarang, kebanyakkan produk minuman atau suplemen untuk membantu penurunan berat badan, salah satu bahan yang kerap digunakan adalah Roselle.
  • Selain dari itu, ia dikatakan dapat membantu menurunkan tekanan darah dan kadar kolestrol.
  • Roselle tea juga dapat menggantikan minuman isotonik yang berasa dipasaran. Ia membantu menyejukkan badan serta mengurangkan rasa dahaga.
  • Seperti juga Rosebud tea, Roselle juga mempunyai khasiat yang sama untuk kecantikan kulit kerana kedua-duanya tinggi vitamin C dan antioksida.

APA PERBEZAAN KETARA ANTARA KEDUA NATURAL TEA INI?
Sekali imbas, kedua-dua natural tea ini mempunyai khasiat yang hampir sama. Tapi sebenarnya fokusnya berbeza. Rosebud tea lebih kepada kecantikan dan masalah dalaman wanita, manakala Roselle tea lebih terkenal akan khasiatnya untuk masalah penghadaman dan berat badan.

Sebab kedua yang menyebabkan saya lebih suka perkenalkan 2 jenis natural tea ini adalah kerana perbezaan rasanya yang ketara. Rosebud tea mempunyai rasa yang mild tapi mempunyai bau yang harum dan dapat memberikan kelegaan semasa stress. Manakala, Roselle tea pula mempunyai rasa masam tapi tidak mempunyai bau yang ketara. Roselle tea lebih kepada minuman yang memberikan kepuasan kepada orang yang menikmatinya, lebih-lebih lagi kalau dicampur dengan sedikit pemanis seperti madu dan ais. Rasanya seakan-akan menikmati air Ribena.

Perbezaan ketiga adalah dari segi warnanya. Rosebud mempunyai sedikit warna pink/purple semulajadi. Tetapi apabila direndam, airnya seakan-akan tak berwarna, mungkin terdapat sedikit warna kekuningan. Manakala, Roselle tea pula warnanya merah kegelapan. Namun, apabila direndam di dalam air, ia akan mengeluarkan warna merah semulajadi yang amat cantik.


BAGAIMANA CARA PENYEDIAAN :
Rosebud Tea : Biasa dihidangkan panas/suam. 2-3 putik cukup untuk secawan air panas. Rendam selama 10-20 minit. Boleh diminum begitu sahaja atau tambah pemanis seperti gula atau madu.
Roselle Tea : Boleh dihidangkan panas atau sejuk. 1-2 putik cukup untuk secawan air panas. Ikut rasa yang anda inginkan. Rendam selama 10-20 minit. Kalau diminum begitu sahaja atau jika terasa tak tahan masam, boleh tambah pemanis seperti gula atau madu. Boleh tambah air jika inginkan rasa yang lebih menyegarkan.

Nota : Natural tea ini juga dikenali sebagai minuman herba. Herba biasanya perlu direndam lebih lama untuk mendapatkan khasiatnya yang lebih banyak atau boleh direndam semula sehingga rasanya hilang.

Ok. Jangan lupa follow Instagram saya BASIC.loft (insyaAllah, tak tukar nama lagi... hehehe...)


Sekian .... 
Read More

Thursday, June 16, 2016

Chia Seeds | Apa khasiatnya

Nampaknya, bulan Ramadhan tahun ni famous dengan Chia Seeds, sedangkan benda ni semua orang patut tahu dari dulu lagi. Saya tahu pun bila banyak study pasal makanan yang patut kita ambil, yang mempunyai pelbagai khasiat. Masa tu tahu pasal Psyllium Husk, Chia Seeds dan Flax Seed. Antara 3 ni, saya pilih untuk merasa Psyllium Husk dulu sebab masalah sembelit. Lepas tu baru try ambil Chia Seeds sebab Omega 3 nya. Last, try Flax Seed lak. Biasa baca, orang yang betul betul jaga pemakanan mesti ada Flax Seed dalam makanan diorang. Bila try, erkkk.... Tak dapat masuk. Macam tak sedap. Sampai buang macam tu je. So, FLAX SEEDS


*****


Ok. Untuk entri ni, nak cerita serba sedikit apa yang saya tau pasal Chia Seeds.


CHIA SEEDS : Chia seeds dalam dunia pemakanan sihat digelar SUPERFOODS. Superfoods ni biasanya merupakan makanan yang tertua dan telah wujud sejak beribu ribu tahun dahulu. Orang dulu dulu, mana la nak dapat suplemen dalam bentuk tablet, kapsul. So, segala jenis vitamin, mineral, zat diorang dapat dari makanan yang tumbuh secara semulajadi di kawasan mereka.

Pokok Chia, yang juga dikenali sebagai Salvia hispanica, merupakan sejenis pokok yang berbunga, dalam keluarga mint. Sekarang, Chia ditanam untuk mendapatkan bijinya, iaitu CHIA SEEDS.

Chia seeds kaya dengan Omega 3 fatty acids, linolenic acid, B vitamins, thiamine, niacin, riboflavin and folate juga mengandungi mineral seperti kalsium, iron, magnesium, mangan, fosforus dan zink juga fiber dan protein. Chia seeds juga mengandungi antioksida.

Chia seeds berbentuk bujur (oval), bersaiz kecil dan kadang kala berwarna coklat, kelabu, hitam dan putih. Kalau dipasaran, terdapat dua jenis chia seeds yang dijual iaitu yang berwarna hitam dan putih. Dikatakan khasiat Chia seeds hitam adalah lebih tinggi dari yang putih. Begitu juga harganya.


KHASIAT CHIA SEEDS :
  1. Membantu dalam penurunan berat badan, disebabkan kandungan fiber (serat) yang tinggi dan kandungan protein. Serat berfungsi menyerap air dan ianya akan membesar di dalam perut. Ini akan menjadikan seseorang merasa cepat kenyang dan penyerapan makan akan berlaku secara perlahan.
  2. Meningkatkan metabolisma badan.
  3. Kandungan lemak Omega 3 yang tinggi, baik untuk tubuh badan kita.
  4. Mengurangkan risiko penyakit jantung dan diabetes.
  5. Membantu mengurangkan keradangan sendi.
  6. Membantu mengurangkan lemak pada bahagian perut.
  7. Kandungan Kalsium, magnesium, fosforus dan protein, baik untuk kesihatan tulang.
  8. Membantu meningkatkan tenaga untuk aktiviti berat.
  9. Antioksida baik untuk kulit. Ia membantu mempercepatkan penyembuhan luka juga membantu menghalang serangan radikal bebas terhadap sel kulit.
  10. Membantu melancarkan sistem penghadaman.
  11. Pengambilan semasa berpuasa dikatakan dapat mengelakkan hidrasi dan kehausan.
CARA PENGAMBILAN CHIA SEEDS :
Kalau tengok resepi di internet, memang banyak. Ada yang tabur begitu sahaja dalam makanan, ada yang buat puding dan sebagainya. Tapi saya nak kongsikan cara paling mudah untuk kita ambil dan amalkan setiap hari. 

Saya lebih suka untuk katakan, it's about try and error. Cuba ikut kemampuan kita kalau pertama kali ambil Chia seeds sebab tak tahu kita boleh telan ke tak. 1 cawan air kosong, campurkan 1-2 sudu kecil chia seeds. 

Kalau saya dulu lebih suka ambil Chia seeds dengan air berperisa. Saya rendam dahulu Chia seeds lebih kurang 2 sudu besar dalam air biasa dan kacau. Air tidak perlu terlalu banyak. Cukup sekadar untuk Chia seeds mengembang. Sementara menunggu kembang, saya buat campuran air berperisa. Saya suka buat air Roselle di dalam bekas air minuman 500ml. Bila Chia seeds dah kembang, baru dicampurkan dalam minuman berperisa. Saya dapati, jika dicampur Chia seeds terus dalam air berperisa, ianya akan lambat mengembang dan biji-bijinya akan bergumpal. Sebab itu lebih mudah jika kita rendam dahulu dalam bekas yang berlainan.

*****

Korang macam mana? Pernah ambil Chia seeds tak? Apa pendapat korang?
Ada yang kata Chia seeds lebih kurang biji selasih. Saya tak pasti pulak sebab seingatnya, dulu saya tak suka minuman yang ada biji selasih. Tiba tiba, Chia seeds ni saya boleh terima pulak. Heheheh...


Sekian .... 
Read More

Wednesday, June 15, 2016

Restock Natural Tea!

Entah macam mana boleh terlupa.

Terlupa yang saya ni penjual natural tea.

Tiba tiba ada yang Whatsapp tanya stok Rosebud tea dan Roselle tea.

ALAMAK!!! Lupa nak restock!

InsyaAllah, sedang kembali ke track yg betul....... Lepas ni tak boleh lupa-lupa lagi... huhuhu...

*****

Disebabkan ramai yang bertanyakan mengenai Rosebud dan Roselle tea, untuk bulan Ramadhan yang mulia ni, saya restock 2 jenis natural tea ni dulu. Masih dalam proses pemilihan nak restock jenis apa pulak lepas ni. InsyaAllah, mungkin lepas Raya.

Untuk restock batch ke dua ni, saya telah kecilkan sedikit packaging serta rendahkan harga supaya semua boleh merasa. Kalau ada yang memang suka minum hari hari, saya adakan pulak packaging yang lebih besar dari sebelum ni.

Nak tengok packaging baru? Ni dia!

Berat kandungan berbeza mengikut setiap jenis. Cuba samakan berat tapi tak berjaya sebab Roselle jenis bunga besar dan ringan. Rosebud pulak jenis kecil tapi padat dengan kelopak.

Small Jar
Rosebud Tea (30g) RM18.00
Roselle Tea (25g) RM12.00

Medium Jar
Rosebud Tea (75g) RM38.00
Roselle Tea (65g) RM26.00

Harga tidak termasuk postage.

Maklumat tambahan : Rosebud yang saya jual adalah French Rosebud. Sebab tu warna tak pink sangat or purple sangat. French Rosebud adalah rosebud yang lebih berkualiti dan lebih tinggi khasiatnya. 

Setakat ni, jar memang togel je la. Nak tempah sticker nanti, mesti membazir sebab ada je yang tak berkenan. Ingat nak buat sendiri tapi printer sendiri lak belum ada. So, jangan boring lak ye tengok bekas togel ni. Heheheh....

Sempena Ramadhan, saya ada buat PROMO SET. Harga untuk promo set ni off course lah ada diskaun tapi bukan untuk single jar. Hanya untuk SET. 

Jangan lupa follow :
Instagram (BASIC.loft)
FB Page (BASIC.loft)

Sekian .... 
Read More

Thursday, May 26, 2016

Pre order iHerb dibuka!

Risiko memang risiko. Tapi rasa sayang pulak nak tutup ambil pre order dari iHerb. Dah beberapa kali decide dan announce  kat Instagram, nak tutup pre order. Tapi end up, bukak balik. Tapi setelah saya kaji beberapa kemungkinan, saya bukak semua pre order tapi dengan beberapa syarat.

  1. Sy tak ambil pre order produk suplemen aka makanan tambahan. Contoh yg paling HOT dipasaran, siap ada yang repack balik dan letak label yang sama; Now Foods, C-1000 (vitamin C). Contoh lain sama la, suplemen tablet, cecair etc. Mungkin buat permulaan saya tolak order suplemen tablet ni je la dulu.
  2. Untuk 1 produk hanya boleh order dalam kuantiti 4 atau kurang. Means, kalau ada nak beli Thayers Toner Rose. Sy hanya boleh order 4 botol sahaja. Kalau customer A nak 2 botol, customer B nak 1, customer C nak 1, customer D nak 1. Sy hanya boleh order untuk customer A, B dan C sahaja. Customer D saya akan order untuk pre order Batch seterusnya.
Syarat-syarat di atas adalah salah satu cara untuk elak dari barang tak lepas masuk oleh K*****. Alhamdulillah, dari 3 pre order yang saya buat setelah berhenti lama dulu, semuanya selamat sampai.

Oh ye. Sy juga bajetkan pre order hanya untuk pembelian barang kurang dari RM500 sahaja, Kalau lebih, saya masukkan next order. Ni untuk memastikan tak kena tax. Harga yang saya bagi memang cukup untuk upah saya termasuk packaging. Takut kalau kena tax, sy terpaksa cas customer lebih lagi.

Ok, kalau nak tahu update, boleh follow Instagram baru sy khas untuk Pre order iHerb : @whatever.ville

Sy masih guna nama lama supaya customer lama senang nak cari.

Untuk latest pre order (Batch 32) saya fokus untuk ambil order carrier oil dan essential oil. Boleh jenguk Instagram saya sebab dalam masa yg sama, saya share info mengenai minyak-minyak ni.

Ok. Jangan lupa follow ya!


Read More

Smartphone BARU!!

Lama juga dapat bertahan tanpa smartphone baru. Tu pun sebab ada smartphone lama, Sony Neo V. Tapi disebabkan model smartphone tu dah lama sangat, banyak apps da tak boleh install dan update. Nasib baik boleh install Whatsapp. Instagram dan Facebook kena guna kat laptop lah.

Disebabkan stress dengan sakit pinggang dan sakit mata yang dialami beberapa minggu yang lalu, jadi saya decide untuk pujuk jiwa yang lara ni dengan beli smartphone baru. Tapi beli yang murah je la sebab modal pun dah berkurangan. Survey punya survey, terpikat pulak dengan smarphone Lenovo model K3 Note. Agak famous model ni masa mula-mula keluar Mac tahun lepas. Masuk group Lenovo Malaysia dan ramai juga yang kata model ni memang best, nak dibezakan dengan harga yang agak murah. Kalau tak silap, masa mula-mula model ni keluar, harga dalam RM700 lebih. Tapi masa saya beli Direct D tawarkan harga RM399 sahaja! Sekali 2 tahun warranty pulak tu.

Bila dah confirm stok memang ada, terus berdesup malam Sabtu tu pergi Direct D dengan mata yang masih merah dan pinggang yang masih sengal sakit. Masa kat Direct D tu baru perasan ada diorang tampal notis harga untuk smartphone Lenovo. Sekali tengok AP la pulak. Hmm.. ok la. Janji jangan klon udah ler.

Seller yang layan tu kata hari tu adalah hari last day untuk promosi 2 tahun waranti. Terasa macam rezeki dari Allah, gerakkan hati ni untuk pergi beli. Tup tap... total RM450 sebab tambah cover, screen protector dan SD card.

Overall, memang puas hati. Kenapa saya pilih model ni? Sebab memang sama je dengan spesifikasi dengan Asus Zenfone 2 saya yang padam tu. Bayangkan spec yang sama tapi harga beza seganda. Asus RM900 lebih, Lenovo ni RM450. ROM sama. RAM sama. Piksel kamera depan belakang sama. Saiz skirin sama. Ok, tu dah cukup bagi saya. Tang processor bagai tu tak berapa pahamlah tapi tu ada beza.

So, kenapa bayar lebih untuk smartphone yang spec lebih kurang je??????

Suka kotak dia sebab warna brown
Boleh Google kalau nak tengok gambar smartphone ni. Yang boleh ambil, gambar kotak je la. Satu je yang tak suka, charger dia. Jenis 2 pin yg nipis. Agaknya sebab AP. Plug macam tu biasa kat overseas je pakai. But still, boleh guna charger Asus yang lama. Hopefully ok lah.

In terms of nak ambil gambar, gambar kat atas ni amik kat dalam bilik yang kurang pencahayaan. Cuma edit brightness sikit kat Photoscape. Rasa lebih ok dari Asus sebab kalau Asus ambil gambar dalam bilik nampak gelap dan kena guna function AMBIL GAMBAR DALAM GELAP. Tak bestnya function tu, resolution jadi teruk. Gambar blur. Edit brightness pun tak cantik.

So apa yg boleh dikatakan. Setakat ni Lenovo K3 Note ni memang memenuhi citarasa saya. Harap boleh bertahan lama sementara nak tunggu KAYA. Hahaha!!!

Oh ye. Pada sapa nak beli handphone dan dah tahu nak model apa, bagi saya senang beli kat Direct D. Cakap nak handphone apa, tak yah nak fikir banyak kali. Cuma dah tengok handphone, tak boleh tukar lain dan tak boleh tanya seller pasal handphone tu. Semua kena survey sendiri sebelum beli. Bagi saya konsep ni bagus sebab ada setengah seller kedai handphone, bila kita confirm nak satu handphone tu, tiba2 dia rekemen handphone lain yg kita tak minat tapi bagi seller macam best. Atau dia bagi pilihan terlalu banyak sampai kita dah tak tahu nak beli yg mana satu.

Asus beli Direct D, this one also. Part service, warranty tu, aku rasa lebih kurang je mana-mana. Asus aku rosak pun, walaupun under warranty tapi aku tak boleh sent service sebab aku dah bukak sendiri. Pandai kan?


Read More

Thursday, March 31, 2016

Pujuklah Hati ... Dugaan kecil je ni ...

Dugaan demi dugaan. Bukan hidup kalau tak ada dugaan. Dugaan pula datang dengan pelbagai bentuk. Kesusahan itu dugaan, kesenangan juga dugaan. Dugaan menguji kita, bagaimana kita hadapi, bagaimana hubungan kita dengan Pencipta.

Difikir-fikir, dugaan saya kecil je dari orang lain. Orang lain yang berjaya dalam bisnes, kalau dengar cerita mereka, ada yang sampai pernah bankrap, rugi berjuta-juta. Setakat smartphone rosak, line internet slow sebab update laptop ke Windows 10 (ada cara tak nak boostkan balik masalah WiFI slow ni). Kalau orang lain dengar, mesti pelik. 

'Eleh, sebab tu je nak stress ke? Boleh hidup lagi la.... '

Untuk yang tak tahu, mata pencarian saya adalah dari alam maya. Bisnes online. Walaupun belum kukuh mana, selalu bertukar fikiran untuk buat sesuatu perkara, tapi Alhamdulillah. Dah boleh sara hidup sendiri. Proud of myself.

Untuk bisnes online, saya selalu guna Instagram untuk promosi dan Whatsapp untuk terima order. Dua-dua kena guna smartphones untuk guna apps tersebut. Bila dah kena macam ni, kena stop kejaplah. Baru terfikir, kalaulah ada FB page yang aktif, mesti tak jadi masalah.

Dari masalah, kita belajar untuk lebih bersedia di masa hadapan.

Lagi satu, smartphones memang penting untuk saya. So, akan simpan modal untuk beli smartphones yang lebih tahan lasak.


Buat masa sekarang, rehat dulu. Fikir masak-masak macam mana nak MOVE ON. Macam mana nak bangkit semula. Tengah pujuk hati sendiri. Dah lah tempat mengadu tak ada... huhuhu...

But always loves this book. Pujuklah Hati by Bonda Nor. Teringat masa beli buku ni. Tahun 2014 rasanya. Masalah cinta. Tapi sekarang dah malas nak fikir. 

Kalau ada apa-apa masalah, baca buku ni. Tenang je rasa.


Read More

Monday, March 28, 2016

SMARTPHONE PADAM!!!

Secara tiba-tiba, smartphone saya, Asus Zenfone 2 padam dan tak boleh cas. Kadang-kadang vibrate sendiri tapi masih takde display apa-apa. Agak tertekan sebab smartphone tu masih agak baru. Belum sampai setahun. Beli masa awal bulan Ramadhan tahun lalu. Kalau tengok luaran pun masih cantik lagi sebab pakai casing. Bila dah padam, apa boleh buat? Nak hard reset, tekan volume button + power button pun tak ada respond. Dah la tak ada backup phone. 

Kerja agak tergendala. Bisnes online banyak guna whatsapp dan instagram and both boleh guna dekat handphone sahaja.

Nasib baik bisnes online belum bermula sepenuhnya. Mungkin Allah bagi masa untuk rehat dan berfikir apa nak buat. Sebab terasa diri ni terlalu banyak pegang smartphone untuk Google info untuk mulakan semula bisnes online.

Yang menjadi masalah sekarang, MANA NAK HANTAR REPAIR HANDPHONE TU dan HANDPHONE BRAND APA YANG TAHAN LASAK untuk online sepanjang masa. Kena beli baru sebab awal April nak join dropship. Kena ada Instagram, Whatsapp dan Telegram. Warranty memang takde dah sebab dah bukak belakang. Try Google katanya kena disconnectkan bateri dari motherboard. Ramai kata berjaya, tapi saya buat masih tak boleh on dan cas jugak.

Buntu. Mungkin kena buat DIGITAL DETOX sementara waktu.

Tapi yang pasti, digital detox ni hanya jauhkan diri dari smartphone je. Laptop dan tv masih boleh digunakan. Hehehe...

Eh, korang guna smartphone brand apa ye? Bajet saya hanya dalam lingkungan RM600 ke bawah. Paling tinggi pun mungkin RM700. Duit ada tapi tu memang nak buat modal mula bisnes online balik.
Read More

Friday, March 25, 2016

Menikmati buah naga tanam sendiri

Ini kisah minggu lepas. Cuti sekolah, saya balik kampung. Bawak anak buah sekali. Gitu gini pun, kalau dok KL jaga dia juga. Sama je kalau jaga dia kat kampung.

Dah lama dok perati pokok buah naga yang ditanam kat halaman rumah. Tiba-tiba, mungkin sebab hujan panas, pokok buah naga berbunga dengan banyaknya. Malangnya, tanya mak, kebanyakkan bunganya dah luruh. Buah tak menjadi. Balik last week, nampak ada 2 biji yang menjadi tapi masih hijau lagi. Ntah hari apa, bila jenguk, buahnya dah merah. So tunggu lagi sehari baru petik.

Dalam semak.

Kecik je. Alhamdulillah...

Kecik kecik tapi rasa boleh tahan...
Tanam gitu-gitu je. So hasilnya, buahnya kecik je. Ala ala besar penumbuk. Tapi alhamdulillah, dapat merasa setelah dah lama tak makan buah naga. 2 biji habis masuk perut sendiri. Mak kata, ko makanlah, nanti dah nak balik, tak merasa..... Huhuhuhu.....
Read More

Thursday, March 10, 2016

Blogwalking Segment by kasihjuju.com


Syarat-syarat penyertaan:

1/ Sila follow blog saya ye.
2/ Like fanpage saya -->
3/ Buat entri bertajuk " Blogwalking Segment by kasihjuju.com "
4/ Copy banner segmen dan link kan semula ke entri ini.
5/ Publish dan tinggalkan komen anda di ruangan komen entri ini sahaja.


Segmen akan berlangsung selama seminggu sahaja. Cepat-cepat join okeh. Banyak kebaikkan kalau korang join segmen macam ni. Antaranya, korang dapat kenal dengan rakan-rakan blog yang lain, boleh tengok design blog diorang yang cun-melecun dan yang paling penting dapat tingkatkan follower blog.

Dan yang paling best, penganjur segmen akan pilih 5 blog bertuah untuk dimasukkan dalam senarai bloglist special yang akan penganjur segmen create lepas habis segmen ni. Pemilihan akan dibuat berdasarkan top refferal dan juga menggunakan kaedah random.org.

Read More

Monday, March 07, 2016

Handmade dan produk tempatan untuk kulit ekzema

Dalam 2 minggu lepas kalau tak silap, browse kat Instagram cari seller yang jual handmade skincare. Sebelum tu, memang dah banyak follower seller yang jual handmade skincare. Tapi bila dah betul-betul decide nak beli, barulah cari sorang seller yang jual benda yang saya nak. Masa tu ekzema kat pelipat tangan macam asyik berulang-ulang dan merah. Jadi, nak cari krim untuk masalah ekzema. Kebetulan, sabun mandi dah habis (berapa hari mandi tak pakai sabun. Huhuhu...) dan deodorant yang ada bau dah lain, so decide nak cari 3 barang ni sekali.

Maka, terserempaklah dengan Ibu's Bestfriend di Instagram. Sebelum ni, ada nampak dia buat offer Eczema Balm dan Soap tapi tak teringin sangat nak beli, then tengok lagi dah sold out. So tak tau dah restock ke belum. Alhamdulillah, bila tanya lagi dia kata dah ada stok. 

3 items untuk RM78.00 include postage
Eczemile Soap
Sabun Eczemile Soap ni memang diformulakan khas untuk mereka yang mengalami ekzema. Memang cukup lembut untuk kulit. Saya kalau guna sabun biasa kat kedai, kena dekat ekzema memang pedih pastu mengetip je rasa lepas mandi. Tapi dengan sabun ni, macam tak rasa apa-apa je. Dah tak rasa pedih. Sabun ni takde la besar sangat dan keras macam sabun mandi biasa. Jadi, saya potong kecil-kecil dan guna sikit-sikit.

Herbal Stick Deodorant
Masa mula-mula ingatkan saiz dia macam deodorant kat pasaran. Rupanya kecil je. Saiznya yang kecil memudahkan untuk dibawa kemana-mana. Letak dalam handbag pun tak makan ruang. Setakat yang saya gunakan, alhamdulillah macam guna deodorant natural yang biasa saya beli dari iHerb.com. Deodorant natural macam ni biasanya hanya membantu mengurangkan bau tak sedap kat celah lengan, bukannya menghalang perpeluhan berlaku tau. Kalau menghalang peluh, saya sendiri pun tak nak guna, sebab berpeluh tu bagus untuk badan sebenarnya. Bezanya dengan deodorant lain yang saya biasa guna dari iHerb adalah ianya dalam bentuk pejal dan ada butir-butir kasar sikit. Mungkin dari arrowroot powder atau baking soda. Tapi kasar tu bagi saya bagus. Boleh buat skrub skali. Hehehe....

Eczema Balm
Dulu saya pernah buat sendiri balm macam ni tapi mungkin resepi tak berapa ok. Rasa berminyak dan kesat sangat. Rimas pulak. Tapi balm ni kiranya masih boleh diterima. Beberapa hari selepas guna balm ni, ekzema saya yang kering ada yang hilang sepenuhnya. Dan saya perasan, mana-mana kudis yang kasar (kulit saya jenis cepat berkudis) cepat jadi licin. Tapi ada sikit bad news. Ekzema saya pada pelipat tangan macam jadi lebih teruk. Biasa teruk tapi tak la sampai merah. Tak tau kenapa, dia punya gatal sampai jadi merah. Tapi mungkin juga sebab saya garu dan duduk bawah panas lama sangat. Bila saya guna Aveeno lotion saya balik, esoknya ekzema tu terus lega. So, bagi saya, kalau jenis ekzema yang merengsakan dan tengah teruk, tak sesuai balm ni untuk saya. Tapi untuk licinkan mana-mana kondisi kulit yang kasar, memang boleh membantu.

*****************************************

Jadi, sapa-sapa yang berminat dengan produk skincare yang lembut pada kulit dan handmade ni boleh follow Instagram :

Selain dari produk yang saya beli ni, ada beberapa jenis sabun yang lain lagi, ada face mist, skrub badan dan muka, spray deodorant dan lain-lain. Dan baru-baru ni, dia baru je ada produk baru iaitu sabun mandi jenis cecair dan shampoo. Jangan lupa support local produk ye :)

Read More

Monday, February 29, 2016

Saya & Ekzema | Bahagian 1

Saya dilahirkan dengan EKZEMA. Biasanya, bayi yang kena ekzema, bila dah besar ekzema akan hilang. Tapi saya, bila dah sekolah hanya kena gatal-gatal biasa je. Tak teruk pun. Sejak 6-7 tahun yang lepas (umur 26-27 tahun), ekzema tiba-tiba kembali menyerang dan sampai sekarang pun masih ada. Cumanya, teruk atau tak je. Masa mula-mula menyerang balik tu memang stress teramat. Bayangkan, masa tengah tidur, tiba-tiba terjaga, kaki ke atas, tangan dok syok menggaru ekzema tu. Adeh! Sampai berair dan berdarah. Dulu dah la tak pakai tudung. Dekat leher pun ada ekzema. Memang segan orang tengok. Kat tangan dengan kaki jangan cerita la. 

Masa tu memang buntu sangat. Kalau rasa nak kering cepat ekzema tu, g klinik, suruh enjet. Pernah amik injection sebulan 2 kali, klinik yang lain. Rupa-rupanya, tak boleh ambil sebulan lebih dari sekali kecuali atas nasihat doktor atau teramatlah teruk. Pergi 2 klinik yang berbeza, mana la doktor tu tau. Kesannya pulak, rambut gugur. Kalau elok terus takpe gak. Mungkin sebab pemakanan dan persekitaran, ekzema tu datang balik. Entah macam mana, mungkin sebab dah tak nak ambil injection dan makan ubat (both got steroid dan memang tak elok untuk badan. Kesan jangka pendek rambut gugur, kesan jangka panjang.... who knows.) ekzema tu terus berkurangan. Bukan takde lansung, tapi berkurang tu dah cukup baik.

Mungkin sebab berhenti kerja. Masa kena serangan balik, waktu tu masih kerja. Mungkin sebab work environment yang tak berapa bersih pun ye. Nak kata sebab makan, rasanya dulu makan takde la seteruk sekarang. Bila dah berhenti kerja, dapat luangkan lebih masa dengan diri sendiri. Rawat ekzema dengan bahan-bahan semulajadi macam minyak gamat (tapi ni sy tak boleh pakai. Gatal bertambah) dan minyak kelapa dara (PALING BEST!). Kalau kena gatal teramat sangat, tahan je la. Dah tak kerja, duduk rumah, pakai singlet dengan seluar pendek. Duduk bawah kipas untuk elakkan berpeluh dan gatal.

SEKARANG
Masih ada setompok dua. Cuba mencari krim yang lebih lembut untuk kulit. Kalau kena agak teruk sikit, masa mandi skrub ekzema tu, lepas mandi lap-lap, terus sapu minyak kelapa dara. Biasa sapu minyak sebelum tidur la sebab tak suka rasa melekit-lekit ni. Dah tidur tak rasa apa. Bangun esok pagi, biasanya akan kering sikit. Lepas tu, bergantung pada diri sendiri. Jaga makan, jangan garu, elak pakai sempit atau baju berbulu sangat. Jangan terlalu fikir. Biasanya tau-tau je hilang. 2 3 minggu lagi, tumbuh tempat lain pulak. Hehehe....

PRODUK
Ni a few produk yang saya sedang guna dan bercadang untuk terus guna.

Aveeno Eczema Therapy
iHerb.com memang tempat yang saya paling suka untuk cari produk yang sesuai untuk ekzema. Contoh macam Eczema Therapy Moisturizing Cream dari Aveeno ni. Ia mendapat pengiktirafan(??) dari NationalEczema.org sebagai krim yang sesuai untuk mereka yang ada ekzema. Masa ni beli kalau tak silap hampir RM80 camtu kot. Sekali dengan international posting dan currency MYR yang sedang nak turun lagi dan lagi. Mula-mula nak beli rasa mahal sebab tak tahu keberkesanannya. Tapi beli je la. Lagi pun rewards dari iHerb ada lagi. Sekali sampai tengok tubenya, mak aihh! Bosa jugaklah! Beli dalam last year tapi tak guna hari-hari sebab MALAS. Jadinya pakai bila ekzema macam merah-merah, agak-agak nak teruk baru sapu. 

RESULT : Bagi saya agak sesuai untuk saya. Alhamdulillah, ada yang berkurangan tapi ambil masa gak. Nak hilang memang saya tak harap. Tapi dapat melegakan dan mengurangkan, itu dah cukup baik pada saya. Krim boleh pakai siang atau malam sebab tak melekit. Lembut sangat. Saya memang tak suka pakai krim yang melekit-lekit waktu siang. But this one, THUMBS UP!

Virgin Coconut Oil
Ni yang paling saya sarankan pada semua. Tak kira ada sakit kulit atau tak, mesti ada ni kat rumah. Nanti saya buat entri lebih lanjut tentang khasiat dan penggunaan Virgin Coconut Oil (VCO) ni. Nak cari minyak kelapa, paling bagus cari yang VIRGIN. EXTRA VIRGIN lagilah bagus tapi ada yang kata, tipu je extra virgin tu. Dia virgin je. Tak tau la. Lagi satu, cari yang COLD PRESSED sebab nutrisinya lebih banyak berbanding yang hot pressed. BRAND tak kesah. Sebelum ni 3 botol saya guna brand Nutiva.

Untuk ekzema, ni saya biasa sapu bila ekzema terlalu teruk dan saya sapu waktu malam. Sebab apa? Sebab saya tak suka nak guna benda yang melekit dan tak selesa ni terlalu kerap dan waktu siang. Sapu sebelum tidur atau selepas saya skrub badan. Makan minyak ni pun bagus tapi setakat ni saya mampu consume 2 hari je. Pastu tak buat sebab tak lalu nak telan. (kapsul kan ada)

Sabun mandi???
Orang yang ada ekzema ni, paling susah rasanya nak cari sabun mandi. Bukan boleh sabun mandi kat kedai tu. Nanti kulit kering, ekzema lagi teruk. Kena pulak ekzema yang berdarah-darah. Kena sabun, PEDIHHH!!! Saya guna OAT. HA?? Ye.. saya guna oat untuk mandi. Kayanya ko lah mandi guna oat. 

Tak perlu kaya pun. Sepeket ni dalam RM8 lebih. Beli dari tahun lepas, tak habis-habis lagi sebab kadang-kadang je guna. Kulit tengah teruk, sabun pakai oat. Nyaman je kulit. Kadang-kadang tambah beras yang dah dikisar untuk buat skrub. Tak sakit kulit pun boleh buat. Gebu gebas je rasa kulit nanti.

Oh ye, penah pakai bar soap oatmeal & milk dari MooGoo sebab ekzema teruk. Sebuku RM30 lebih tapi sabun besar gak la. Tapi rasa lebih jimat guna oat ni je. Kalau ada susu kambing fresh, lagi bagus!

KALAU JARANG MANDI GUNA OAT, HARI LAIN MANDI PAKAI SABUN APA?
Sebelum ni ada beli sabun berasaskan Shea Butter dari iHerb. Tapi tu pun jarang pakai sebab sabun-sabun proses macam tu biasanya memang akan buat kulit kering. Nyampah je rasa. So ada sesetengah hari, saya mandi tak bersabun pun. Lagi la saya jenis duduk rumah, kerja kat rumah. Buat apa la nak sabun sangat kan? Hehehe..... Pagi memang tak sabun lah. So petang dalam 2-3 hari sekali baru sabun kot pakai sabun shea tu. 1-2 minggu sekali buat skrub oat dan beras. Ekzema teruk, lupur dengan oat. SETTLE.

TIPS : Untuk kulit kering, sebenarnya kita perlu elakkan terlalu kerap mandi atau mandi terlalu lama. Walaupun tak guna sabun, mandi pun boleh menyingkirkan minyak semulajadi yang tak berapa nak ada pada kulit bermasalah ni. JIMAT AIR. Hehehe...

TAMBAHAN sebelum terlupa. Pencuci muka macam mana lak? Kadang-kadang pakai oat, scrub dengan oat dan beras. Tapi kebanyakkannya, cuci pakai air saja la. Atau basahkan tuala kecil dengan air suam, tekap muka beberapa saat dan lap. Kalau rajin, saya buat OIL CLEANSING METHOD guna apa-apa minyak yang ada. Saya suka guna Almond Oil atau Rosehip. Gebus gebas lepas tu rasa muka.

TAMBAHAN TIPS : Pakai sabun atau tak, lepas mandi WAJIB sapu minyal/krim/lotion pe yang sesuai. Jangan tiru macam saya. Kulit badan kadang-kadang je sapu pape, mostly fokus pada ekzema je. Tapi part muka memang tak boleh tinggal. Even lepas ambil wuduk pun, kena sapu pape sebab kering teramat, rasa menegang, tak selesa..... Ha, padan muka. Dulu kulit muka jenis berminyak, gatal-gatal overused produk, sampai kulit jadi extra dry dah. END.

Ubat ketiak.
Sejak kena ekzema, memang cukup berjaga untuk guna produk termasuklah ubat ketiak ni. Lagi pun dah frust guna REXONA sebab nanti baju jadi kuning or keras. Bau badan takde tapi melekat dekat baju walaupun dah cuci. So cari yang lembut-lembut sikit. Ni antara yang saya guna. Crystal essence dan Tom's tu beli dari iHerb. Smelly No More tu ada je kat Guardian, Caring or Watson's.
Kadang-kadang ada gak ekzema kat ketiak ni. Pedih tu kalau guna deodorant biasa. Guna jenis ni agak selesa. Yang penting ALUMINUM FREE.

PROGRESS
Setakat ni, kena pun tak teruk. Kalau kena pun tak pelik sebab makan tak jaga. Kadang-kadang ada gak keluar makan seafood. Udang makan dalam 2-3 ketul je. Sotong memang tak dapat nak elak. Lepas makan, kadang-kadang tak rasa gatal. Tunggu 3-4 hari, ekzema keluar. Padan muka. Ketam memang tak makan sebab alergik ya amat sampai tekak dan telinga rasa sumbat. Takut oooo leher kena tebuk nanti kang. Dah la ubat alergik takde. Telur memang takde pantang. Balik kampung, masih lagi bantai telur 4-6 biji sehari. Jangan pelik tau! Kat sini je makan telur seminggu 4-6 biji je.

Cuaca pun satu hal. Musim panas, angin takde, jaga-jaga la. Stress pun sama. Bila stress, akan mula menggaru. Then, eczema got worst!

Sekarang, tengah cuba-cuba produk handmade/homemade dari Malaysia. Nanti saya akan sharekan. Terfikir juga nak buat sendiri sabun homemade dan jual tapi tak ada tempat nak buat projek. InsyaAllah, dalam proses suruh orang lain yang lebih mahir untuk buat.

Sapa-sapa ada ekzema, macam mana korang manage ek? Any tips untuk ECZEMA FOR ADULT?


Entri panjang. Sapa yang baca sampai habis, kasik komen sikit. Tengah belajar nak buat entri ni.....
Read More