Facebook


Monday, February 01, 2016

Harga tiket bas dah naik!

Minggu ni, nak balik kampung sempena cuti Raya Cina yang berlaku pada 8 dan 9 Januari. Balik semula ke KL pada 10 haribulan. Balik pun sebab nak tolong mak kat kedai. Raya Cina biasanya akan dipenuhi dengan orang tak kira apa kaum, but mostly off course Cina.

Semalam pergilah beli tiket untuk balik Johor. Cadang nak beli hari Ahad ni lepas balik majlis kawin. Tapi bila check sistem ticketing, macam tinggal beberapa seat sahaja untuk selepas pukul 3 petang. Yang banyak waktu pagi je. So, cecepat pergi TBS pada malam Khamis yang lalu untuk beli tiket. Mula-mula tak perasan tentang harga. Masa dia bagi tiket baru perasan. TIKET DAH NAIK HARGA!


Kantoi I duduk Segamat. Hehehe..... 
Atas tu tiket balik awal bulan ni. Bawah tu tiket baru untuk balik masa cuti tahun baru Cina. Dari RM18.40 kepada RM20.20. Wawasan 2020 sangat! Bas masih belum boleh terbang tapi tambang dah mencanak naik. Ingat lagi zaman belajar dalam 13 tahun lepas. Tak silap RM9 bape sen je. Pikir logik, mana ada benda yang turun harga, ye dak?

Nasib baik tiket balik kampung ada orang sponsor. Hehehe... Cuma tiket nak balik KL balik lah yang kena bayar sendiri. Takpe la. Lagi pun balik kampung selalu nak jenguk mak sendiri kan?

Korang, balik nanti naik apa?


2 comments:

  1. sy tak tau blk ke x..huhu..minyak turun tp brg tak turun..bila myk naik laju je harga brg naik...

    ReplyDelete
  2. melampau pulak naiknya tu kan..sabo je la

    ReplyDelete

Thanks for your Comments!