Facebook

Thursday, June 16, 2016

Chia Seeds | Apa khasiatnya

Nampaknya, bulan Ramadhan tahun ni famous dengan Chia Seeds, sedangkan benda ni semua orang patut tahu dari dulu lagi. Saya tahu pun bila banyak study pasal makanan yang patut kita ambil, yang mempunyai pelbagai khasiat. Masa tu tahu pasal Psyllium Husk, Chia Seeds dan Flax Seed. Antara 3 ni, saya pilih untuk merasa Psyllium Husk dulu sebab masalah sembelit. Lepas tu baru try ambil Chia Seeds sebab Omega 3 nya. Last, try Flax Seed lak. Biasa baca, orang yang betul betul jaga pemakanan mesti ada Flax Seed dalam makanan diorang. Bila try, erkkk.... Tak dapat masuk. Macam tak sedap. Sampai buang macam tu je. So, FLAX SEEDS


*****


Ok. Untuk entri ni, nak cerita serba sedikit apa yang saya tau pasal Chia Seeds.


CHIA SEEDS : Chia seeds dalam dunia pemakanan sihat digelar SUPERFOODS. Superfoods ni biasanya merupakan makanan yang tertua dan telah wujud sejak beribu ribu tahun dahulu. Orang dulu dulu, mana la nak dapat suplemen dalam bentuk tablet, kapsul. So, segala jenis vitamin, mineral, zat diorang dapat dari makanan yang tumbuh secara semulajadi di kawasan mereka.

Pokok Chia, yang juga dikenali sebagai Salvia hispanica, merupakan sejenis pokok yang berbunga, dalam keluarga mint. Sekarang, Chia ditanam untuk mendapatkan bijinya, iaitu CHIA SEEDS.

Chia seeds kaya dengan Omega 3 fatty acids, linolenic acid, B vitamins, thiamine, niacin, riboflavin and folate juga mengandungi mineral seperti kalsium, iron, magnesium, mangan, fosforus dan zink juga fiber dan protein. Chia seeds juga mengandungi antioksida.

Chia seeds berbentuk bujur (oval), bersaiz kecil dan kadang kala berwarna coklat, kelabu, hitam dan putih. Kalau dipasaran, terdapat dua jenis chia seeds yang dijual iaitu yang berwarna hitam dan putih. Dikatakan khasiat Chia seeds hitam adalah lebih tinggi dari yang putih. Begitu juga harganya.


KHASIAT CHIA SEEDS :
  1. Membantu dalam penurunan berat badan, disebabkan kandungan fiber (serat) yang tinggi dan kandungan protein. Serat berfungsi menyerap air dan ianya akan membesar di dalam perut. Ini akan menjadikan seseorang merasa cepat kenyang dan penyerapan makan akan berlaku secara perlahan.
  2. Meningkatkan metabolisma badan.
  3. Kandungan lemak Omega 3 yang tinggi, baik untuk tubuh badan kita.
  4. Mengurangkan risiko penyakit jantung dan diabetes.
  5. Membantu mengurangkan keradangan sendi.
  6. Membantu mengurangkan lemak pada bahagian perut.
  7. Kandungan Kalsium, magnesium, fosforus dan protein, baik untuk kesihatan tulang.
  8. Membantu meningkatkan tenaga untuk aktiviti berat.
  9. Antioksida baik untuk kulit. Ia membantu mempercepatkan penyembuhan luka juga membantu menghalang serangan radikal bebas terhadap sel kulit.
  10. Membantu melancarkan sistem penghadaman.
  11. Pengambilan semasa berpuasa dikatakan dapat mengelakkan hidrasi dan kehausan.
CARA PENGAMBILAN CHIA SEEDS :
Kalau tengok resepi di internet, memang banyak. Ada yang tabur begitu sahaja dalam makanan, ada yang buat puding dan sebagainya. Tapi saya nak kongsikan cara paling mudah untuk kita ambil dan amalkan setiap hari. 

Saya lebih suka untuk katakan, it's about try and error. Cuba ikut kemampuan kita kalau pertama kali ambil Chia seeds sebab tak tahu kita boleh telan ke tak. 1 cawan air kosong, campurkan 1-2 sudu kecil chia seeds. 

Kalau saya dulu lebih suka ambil Chia seeds dengan air berperisa. Saya rendam dahulu Chia seeds lebih kurang 2 sudu besar dalam air biasa dan kacau. Air tidak perlu terlalu banyak. Cukup sekadar untuk Chia seeds mengembang. Sementara menunggu kembang, saya buat campuran air berperisa. Saya suka buat air Roselle di dalam bekas air minuman 500ml. Bila Chia seeds dah kembang, baru dicampurkan dalam minuman berperisa. Saya dapati, jika dicampur Chia seeds terus dalam air berperisa, ianya akan lambat mengembang dan biji-bijinya akan bergumpal. Sebab itu lebih mudah jika kita rendam dahulu dalam bekas yang berlainan.

*****

Korang macam mana? Pernah ambil Chia seeds tak? Apa pendapat korang?
Ada yang kata Chia seeds lebih kurang biji selasih. Saya tak pasti pulak sebab seingatnya, dulu saya tak suka minuman yang ada biji selasih. Tiba tiba, Chia seeds ni saya boleh terima pulak. Heheheh...


Sekian .... 

No comments:

Post a Comment

Thanks for your Comments!