Facebook

Thursday, January 28, 2016

Dah dapat BR1M?


Korang yang apply BR1M. Dah dapat ke? Saya pun ada apply BR1M untuk individu (bujang). Semalam mak kata ada yang bagitau anak diorang dah dapat. Cek akaun, takde lagi. Hari ni, dari pagi cek akaun, masih tak ada. Dah malas nak cek dah. Tunggu esok je lah. Mak dah dapat pagi tadi tapi dapat RM200 je. Mungkin termasuk dalam isi rumah RM3001-RM4000. Pada hal isi borang pendapatan kurang RM2000. Tahun lepas lagi la. Mak dapat RM300. Ingatkan dapat lagi 2 kali RM300. Tapi tak dapat. Bila cek kat LHDN, dia kata sebab mak sorang dan tak ada tanggungan. Kalau gitu patut dapat RM350 macam kategori bujanglah. Dah malas nak merayu bagai. Ambik je lah apa yang dapat.

Saya masih menanti. Berharap sangat dapat sebab nak ganti bingkai cermin mata. Cermin mata yang pakai sekarang ni dah teruk sebab cermin calar dan dah kuning dan power pun kurang. Mana taknya. Dah lebih 5 tahun rasanya. Cermin mata baru yang buat 2 tahun lepas tak boleh pakai sebab bingkai tak sesuai. Senget dan asyik nak jatuh walaupun dah repair. Adeh! Dapat duit, ganti bingkai dululah. Sebab bingkai murah je. Kurang RM200 pun dah dapat. Cermin, nak tak nak memang RM200 lebih sebab silau tinggi. Nak buat modal meniaga lagi...

Apa nak buat. Menanti......



No comments:

Post a Comment

Thanks for your Comments!