Facebook


Thursday, January 07, 2016

itsjudyslife! Mesti tengok

Picture from http://its-judys-life.tumblr.com/
Sebelum ni, pernah cerita tentang keluarga YouTube Vlogger ni tapi disebabkan entri lama semua dah delete, so hari ni saya nak share lagi.

Tiap-tap pagi memang tak lepas untuk tonton vlog dari keluarga Travis ni. Asalnya, si ibu Judy merupakan seorang beauty vlogger, yang upload video di YouTube mengenai produk kecantikan dan review. Saya sendiri pun mula jumpa dia disebabkan video mengenai review spray foundation.

First time tengok video ni (atas nama itsjudytime), terasa macam suka sangat dengan Judy ni. Suara dia, cara penjelasan. Rasa tak FAKE langsung. So bila dah tengok video-video dia yang lain, terjumpalah daily vlogs dia (atas nama itsjudyslife). Masa tu kalau tak silap dia announce her first pregnancy. Lepas satu, satu. Lepas satu, satu daily vlog dia saya tengok, Tertarik! Lagi la bila dapat tau Judy asal dari Filipina, her husband Benji is mixed Japanese + Ireland. Family dia tak macam FAMILY MAT SALEH biasa tau. Kadang-kadang nampak macam ASIAN FAMILY pun ada gak. Dekat pada hati (ewah!!)

Long story short, sekarang diorang dah dapat anak kembar. Dah setahun lebih dah. Oh ye, family ni juga pernah viral video senaman diorang sekeluarga. Bukan setakat viral dekat luar negara, malah kat Malaysia juga!


Ni pula antara latest short video yang PALING CHOMEL for me. Antara yang terbaru.

MK Cafe revisit
I use to recommend this place to all my friends, but after the service we got today, I don't think we're ever coming back D:
Posted by Itsjudytime on Monday, 4 January 2016
I'LL BE BACK! Dah rupa Terminator dah. Hahaha...! Dengan kepala senget-senget lagi. Adui... comel sangat!

Korang kalau berminat nak follow daily vlogs family ni, search kat YouTube itsjudyslife. Hari-hari tau, diulangi HARI-HARI diorang akan upload vlog keluarga diorang yang best ni. Really make me happy everyday lepas tengok. Kadang-kadang sampai tersengih sorang-sorang.


1 comment:

Thanks for your Comments!