Facebook

Wednesday, January 06, 2016

Tuaian pertama 2016

Sebelum ni, ada kongsi cerita tentang PROJEK TANAM SAYUR. Mula-mula tak yakin je boleh rasa tuaian awal tahun baru. Sebabnya, disebabkan hanya guna tanah hitam, tanaman jadi lambat membesar, batang terlalu kurus dan ada yang berubah jadi warna kuning. Dalam banyak-banyak, ada 1 pokok je yang agak memberangsangkan, cuma masalah batangnya agak kurus. Ntah macam mana, disebabkan tak ada baja, cuba siram dengan air beras jelah. Tak tahu la disebabkan air beras atau apa, yang satu pokok ni jelah yang berjaya membesar.

Tuaian pertama.. YEAY!
Tiga hari lepas, terus je tuai. Takut tua sangat, nanti tak sedap. Sayur sebenarnya lebih sedap kalau dituai masa muda. Bila dah tua, serat terlalu banyak. Mungkin disebabkan tu, budak-budak susah nak belajar makan sayur. Salah satu cara untuk dapatkan sayur yang lebih muda, tanam sendiri je lah.

Ada lagi dalam 3,4 pokok yang agak terbantut gak tapi berharap sangat akan boleh jadi besar walaupun ambil masa yang agak lama dari biasa untuk membesar. Dah beli baja tahi ayam, so tunggu jelah macam mana. Ntah-ntah bulan depan baru dapat rasa lak.


No comments:

Post a Comment

Thanks for your Comments!