Facebook

Sunday, November 22, 2015

Agak-agak boleh berjaga malam tak?

Dah jumpa tempat lepak kat TBS. Tapi busuk sikit, bau sampah. Huhuhu....
Minggu lepas, sementara menunggu bas kat TBS, singgah beli donut kat Dunkin Donuts. Tambah order kopi ais sekali. Tak pernah order kopi ais kat kedai. Biasa order Mocha, Latte, Hazelnut Coffee. Orang selalu kata, kalau nak berjaga malam, minumlah kopi. Saya tak percaya sebab pernah je minum kopi tapi lepas tu tak berjaga pun. Tapi kali ni, minum Dunkin Donuts Ice Coffee, rasa bertenaga dan segar sangat. Padahal pagi tu tidur pukul 4 pagi dan bangun pukul 7 pagi. Biasa kalau tidur kejap, dalam bas terus tidur. Ni rasa segar sampai kena paksa mata untuk tidur. Paling best, tak pening kepala. Sampai rumah pun segar sangat-sangat sampai dah pukul 12 tgh malam, rasa macam baru pukul 8 malam. Sudahnya, paksa mata tidur gak bila dah cecah 1 pagi. Nasib baik senang je lelap.

Indocafe pun boleh la. Nanti nak beli OldTown Hazelnut Coffee lak.
Hari ni, lepas balik makan dan jalan-jalan naik BRT, balik terus rebah ke katil. Bangun balik pukul 5 untuk solat Asar. Terus pergi dapur cari kopi sebab tak nak tidur balik. Terjumpa instant coffee Indocafe. Bancuh dalam tumbler, tambah susu segar, tambah ais, goncang. Sedap. Mata pun ada rasa segar sikit. Agak-agak boleh stay up tak malam ni? Dapat stay sampai pukul 2 pagi pun kira ok. Nak blogwalking sebab dah lama tak 'jalan-jalan' sejak blog ni tak berupdate.

Korang macam mana? Suka minum kopi gak tak?


XOXO,
Nadine

3 comments:

  1. Yanie kalau dah mengantuk tu memang kne cari bantal..hihi coffee tak jalan..hihi

    ReplyDelete
  2. wah.. rajinnya dia nk stay up utk blogwking.. hehehe untunglah leh minum kopi Ahlam xleh minum n bau langsung.. pening! huhuhu btw Ahlam follow sini.. #203

    ReplyDelete
  3. sy pun suka coffee..tp yg latte la..tak pahit sgt :)

    ReplyDelete

Thanks for your Comments!