Facebook


Thursday, November 19, 2015

Thailand Tea + Giveaway Teaser !!


Agak famous sekarang ni dengan Thai Green Tea. Kebanyakkan yang mention pasal Thai Green Tea adalah dari kedai Boat Noodle. Disebabkan tak pernah makan kat Boat Noodle, so tak tau la pasal Thai Green Tea ni. Huhu... Tapi sekarang mana-mana pun boleh jumpa disebabkan dah ramai penjual yang jual serbuk teh ni. Penjual pun dah main harga. Mula dengan RM20 sepeket untuk serbuk Thai Green Tea 200g. Bila dah ramai, harga jatuh sampai ada yang jual RM8 sepeket! Pada seller yang dapat direct dari Thailand mungkin berbaloi. Kalau seller dapat dari orang tengah? Memang tak boleh buat apa la.

Disebabkan saya ada jual teh bunga dan herba, saya pun masukkan serbuk Thai Tea ni dalam kedai Nadine's Hut. Saja nak test market. Cuma saya jual dalam botol yang lebih kecik (repack, 100g per jar) dan bolehlah letak harga murah. Tapi since ramai seller dah jual murah, dah tak best la nak jual lagi.

Thai Tea ni sebenarnya banyak jenis. Ada Red Tea, Coffee Latte, dll. Kalau ada yang berminat nak beli lain-lain jenis lagi minuman dari Thailand ni, saya recommend Instagram MaliquesGreenTea. Dengar cerita, diorang adik beradik yang mula jual Thai Green Tea sebelum seller lain naik macam 'cendawan tumbuh lepas hujan'. Sekarang tengok Instagram diorang dah ada macam-macam jenis serbuk minuman. Pada yang rasa nak berniaga kat pasar malam ke, depan rumah ke, cafe ke, boleh je ambil stok dari diorang ni. Saya pun rasa nak berbisnes air minuman dari Thailand ni tapi sekarang tak boleh la. Kena tunggu dah balik kampung semula (entah bila la). Oh ye. Ramai juga yang buat minuman ni, letak dalam botol kaca yang cantik-cantik dan letak kat butik vendor. Pastu letak harga mahal-mahal. Hahaha..!! Jangan marah ye :) Singgah Festival Foodgasm haritu, berlambak botol kaca cantik-cantik tepi jalan. Nampak sikit pembaziran disitu. Oh....

Baki Thai Tea yang masih ada. Malas nak jual, nak bagi FREE!!
Stok yang masih tinggal untuk dijual ialah 1 pek 400g Thai Red Tea, 1 pek 200g Thai Green Tea dan 2 jar 100g Thai Red Tea. Pikir-pikir nak buat apa. Ingat nak buat giveaway lah. Bagi sapa-sapa yang berminat. Sebab stok untuk sendiri minum masih banyak lagi. Ruang pun terhad nak simpan.

Sapa nak? Sila tunggu next entri. Ni teaser je dulu. InsyaAllah, giveaway senang-senang je. Mungkin akan pilih 3 or 4 orang pemenang.

Minuman pagi ni. Thai Green Tea. Nyaman......
Pagi ni gak, saya sendiri buat Thai Green Tea. Cara penyediaan senang je. Disebabkan takde simpan susu pekat or susu cair kat rumah, saya bancuh dengan apa yang ada je la. 
  • Thai Green Tea 1 sudu besar, rendam dalam 1 cawan air panas. Tunggu dalam 5-10 minit.
  • Masukkan dalam tumbler, tapi jangan lupa tapis.
  • Masukkan susu Dutch Lady Full Cream Milk (susu kotak biasa je)
  • Tambah 1 sudu gula pasir
  • Tambah 1/2 sudu besar madu asli
  • Letakkan ais sampai penuh tumbler (saya guna botol air 700ml)
  • Tambah air biasa jika perlu (saya tambah sebab nak penuhkan bekas)
Ada resepi yang letak gula, susu pekat dan susu cair. Dengar pun takut. Manisnya! Jadi, elok buat sendiri. Boleh kawal nak rasa macam mana. Macam saya buat tu, agak cair sikit tehnya. Bagi saya oklah. Kalau pekat sikit, nanti bau wangi green tea tu kuat sangat, saya tak tahan.


Orait. See you next entry. Entry giveaway. Nak pergi mandi dulu dan enjoy my Thai Green Tea. 


XOXO,
Nadine

No comments:

Post a Comment

Thanks for your Comments!