Facebook


Friday, November 06, 2015

Terfikir untuk 'Travelling Solo' ??

Sejak belajar kat U, memang dah biasa jalan mana-mana sorang-sorang je. Tapi tak jauh la. Dalam lingkungan Johor, Pahang, Melaka dan Negeri Sembilan. Kadang-kadang, perjalanan je solo tapi bila tiba destinasi, ada la kawan yang menanti. Masa masih duduk dan kerja kat Johor, selalu cuba kumpul cuti untuk cuti Jumaat, Sabtu dan Ahad. Dulu saya kerja hanya cuti Ahad. So samada amik cuti Annual Leave atau kerja hari Ahad, which means, kerja seminggu tanpa cuti.

Tapi sekarang bila dah duduk Subang, memang dah lama tak ke mana-mana. Dalam masa 4 - 5 tahun ni, jalan-jalan KL pun hanya 2 kali je. Banyak ulang alik TBS - Johor je. 2 minggu sekali confirm balik Johor. Dah rasa tekanannya. Rasa terikat pun ada. Mana taknya, bila nak cuti, kena ikut jadual orang lain. Nak rancang awal tak boleh. Bila dah dengar macam-macam, rasa tak sedap hati nak cuti.

New Year is coming. Berazam untuk fokus lebih pada diri sendiri. Sebabnya diri sendiri ni dah rasa teruk sangat. Terasa nak berjalan secara solo lagi. Means betul-betul solo. Biasa sampai destinasi, akan ada peneman, ni segalanya buat sendiri. Sejak join group Backpackers, teringin sangat nak naik keretapi sampai ke Butterworth dan jalan-jalan kat Pulau Pinang. Takde la nak gelar diri sendiri Backpacker tapi saya lebih selesa jalan sorang dan dah lama tak jalan sorang-sorang.

Korang pun ada bercita-cita nak travelling solo tak? Ni ada video apa yang korang akan belajar dari travelling solo.


One of the things yang menarik adalah untuk kenal kawan baru. Saya adalah seorang yang tak peramah (setelah lost connection dengan manusia lain selama 4 tahun lebih, jadi makin teruk) tapi bila dah rapat baru akan jadi seorang yang suka bercakap tak berhenti, tapi depend pada orang yang saya kenal la. Jadi, rasanya dengan travelling solo ni, saya akan dapat belajar untuk berhubung dengan orang kat tempat lain dengan lebih baik.

So, ada sapa-sapa dok Penang tak? Yang rajin nak tunjuk saya jalan-jalan, suka makan-makan dan suka cakap-cakap? Mungkin boleh jadi kawan baru masa kat Penang nanti.... :)

Can't wait for 2016 !




No comments:

Post a Comment

Thanks for your Comments!