Facebook

Wednesday, November 04, 2015

Projek Tanam Sayur

InsyaAllah ...

Setelah 2 tahun dah tak tanam sayur, terfikir nak mulakan semula. Tanam kat rumah my SIL. Kalau dulu tanam kat kampung, 2 minggu sekali baru dapat jenguk.

Benih Kailan hari ke 3
Untuk permulaa, cuba semai biji benih Kailan Sawi Hong Kong dalam rumah. Semai atas tisu basah. Alhamdulillah dah sampai hari ke 3. Hopefully menjadi. Ada juga semai dalam tanam hitam kat luar tapi masuk hari ke 3, baru 1 je yg baru nak keluar. Mungkin tanam dalam sikit.

Peringkat awal ni memang nak ekperimen sikit. Cari cara paling mudah nak semai dan tanam sebab tanah dan kawasan terhad. Kawasan depan rumah semua dah berturap. Takde langsung tanah. Sempit pulak tu.

Target, paling lambat pun Januari 2016 akan dapat nikmati sayur sendiri. Finger cross!


No comments:

Post a Comment

Thanks for your Comments!