Facebook

Monday, November 30, 2015

Pemergian Pak Yus

Al-Fatihah ...
Dapat tau berita ni mula-mula dari group whatsapp sekolah. Ingatkan khabar angin je sebab sebelum tu ngadap FB tak ada jumpa pun berita ni. Sebabkan seakan tak percaya, buka FB balik. Kalau betul, mesti banyak update mengenainya. 

Rupanya memang betul. Scha Alyahya, Afdlin Shauki, Lisa Suriani antara artis-artis yang update mengenai berita ni. Sangat-sangat terkejut sebab setaunya Pak Yus tak sakit apa-apa. Dia kena sesak nafas pun lepas buat persembahan. Tapi bila ajal dah sampai ...

Sedih la. Cuma terfikir, apalah si Tauke rasa agaknya. Sahabat rapat dan rakan seperjuangan. Baru lepas buat persembahan sama-sama dan beberapa jam kemudian, dia dah tak ada.

Sedih ....

Al Fatihah ...


No comments:

Post a Comment

Thanks for your Comments!